Tuesday 31 July 2012

Ramai di antara kita yang tahu tentang fadhilat Ramdhan tepai ada yang terlupa kan..
Jadi saya kongsikan di sini tentang kelebihan Ramdhan



Solat sunat yang dikerjakan selepas solat insyak pada Bulan Ramadhan. Boleh dilakukan samada 8 atau 20 rakaat. Solat terawih boleh ditunaikan secara berjamaah ataupun bersendirian. Solat terawih juga adalah ciri-ciri keistimewaan bulan Ramadhan yang besar. Ini disebabkan hanya pada bulan Ramadhan sahaja dilakukan solat sunat terawih dan tidak terdapat langsung dalil yang menyatakan pada bulan Islam yang lain juga dikerjakan solat sunat terawih. Antara kelebihan dan kebaikan solat sunat terawih dinyatakan seperti berikut:

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama 
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan. 

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua 
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya. 

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga 
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka. 

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat 
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran. 

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima 
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa. 

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam 
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu. 

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh 
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman. 

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan 
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s. 

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan 
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w. 

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh 
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat. 

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas 
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan. 

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas 
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya. 

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas 
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan. 

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas 
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka. 

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas 
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya. 

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas 
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga. 

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas 
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi. 

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas 
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati). 

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas 
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus. 

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh 
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh. 

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu 
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya. 

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua 
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut. 

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga 
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya. 

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat 
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut. 

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima 
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya. 

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam 
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut. 

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh 
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat. 

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan 
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

Bersyukur..


credit kepada tuan punya blog di atas gambar di atas..
Sepanjang bulan Ramdhan kita sering berpesan dan dipesan supaya jangan membazir.
Jesteru itu saya ingin kongsikan kepada rakan guru dan sesiapa sahaja pembaca blog ini.


  •   Untuk mendidik dan menjadikan anak insann yang soleh dan solehah, kita sebagai ibubapa. guru hendaklah dulu memperbetulkan dan perkemaskan diri dengan beriman dan bertakwa kepada Allah.
  • Bergaulah dan dekati orang-orang yang baik.
  • Bulan Ramadhan boleh menjadi titik permulaan kepada kita semua untuk memulakan sesuatu yang baik. Di bulan Ramadhan inilah kita boleh memakmurkan rumah dengan solat, bacaan Al-Quran dan mengamalkan sifat mahmuda..
  • InsyaAllah--marilah kita sama  berdoa agar menjadi lebih baik dan istiqamah...
  • Huruf  dari perkataan Ramadhan (Ra, Mim, Dho, Alif & Nun)
    Ra - Rahmat
    Mim - Maghfirah (Keampunan)
    Dho - Jaminan syurga
    Alif - Aman dari api neraka
    Nun - Nur (Cahaya) Allah

Thursday 26 July 2012

Salam Ramadhan..

Assalammualaikum dan Salam Ramadhan rakan-rakan.
Diam tak diam sudah 6 hari kita semua menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bagaimana karenah anak murid kita di kelas? Apa pun ia pasti menjadi pengalaman berharga buat murid-murid.

 Sudah lama saya tidak 'update' status prasekolah saya semenjak cuti bersalin.  Jadi saya akan mulakan semula berkongsi segala informasi tentang prasekolah dan saya juga mengalu-alukan komen dan cadangan untuk kita kongsi dan amalkan bersama-sama.

Untuk memulakan sesuatu memang payah , tapi kita mesti mulakan.....

Sila follow saya supaya kita dapat berkongsi ilmu bagi memantapkan lagi dunia pendidikan prasekolah
Semoga usaha kita di berkati oleh Allah..InsyaAllah..

Wednesday 29 February 2012

Sejarah Prasekolah Sk Sungai Kelamah

Disinilah terletaknya Prasekolah Si Manja dan Prasekolah Si Comel. 


MENYINGKAP SEJARAH PRASEKOLAH
              SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI KELAMAH
    Prasekolah Sk Sungai Kelamah mula diwujudkan pada tahun 1992.  Pada ketika itu hanya terdapat sebuah kelas prasekolah dan kebanyakkan muridnya adalah terdiri daripada keluarga yang berpendapatan rendah.
    Guru pertama yang mengajar prasekolah ini ialah Cik Manisah Bt Othman dan diganti oleh Puan Norehan Bt Othman pada tahun 1996 dan sekali lagi pada tahun 1998 Pn. Umi Kalsom Bt Abu Bakar pula mengammbil alih kelas sehingga    tahun 1999.
    Mulai tahun 2000 kelas prasekolah dipimpin oleh Pn.Norizah Bt Samad sehingga tahun 2009.  Pada tahun 2004 sebuah kelas prasekolah dibuka dan di pimpin oleh Cik Ainul Mardiah Bt Jalil.  Prasekolah Si Manja dan Prasekolah Si comel mula di gunakan sebagai nama rasmi bagi Prasekolah SK Sungai Kelamah.
   Bermula tahun 2010, Prasekolah Si Manja di terajui oleh Pn.Intan Syafinaz Bt Mohd Kamal dan di bantu oleh Pn.Zaimah Bt Ngaiman manakala Pn.Norfaradila Bt Abdullah pula menerajui prasekolah Si  Comel di bantu oleh Pn.Nooranisa Bt Abu Bakar.  Kini setelah sedekad,  pelbagai guru , pembantu dan ratusan murid telah menimba pengalaman di prasekolah SK Sungai Kelamah.  Tidak kiralah siapa murid, guru dan pembantunya , yang pasti kami semua mempunyai satu misi yang serupa.  Semuanya ingin mengajar dan belajar demi agama bangsa dan Negara.  Semoga Prasekolah Sungai Kelamah terus gemilang di masa hadapan.