Wednesday, 25 September 2013

PINTAR EJA PERINGKAT PPD TAMPIN


Tahniah di ucapkan kepada semua perserta pertandingan PINTAR EJA dari prasekolah daerah Tampin.
Pentas Utama Di SK. SG KELAMAH


Pada 19 September 2013, SK.SG.KELAMAH telah terpilih sebagai tuan rumah untuk mengelolakan Pertandingan Pintar Eja.  Pertandingan ini adalah julung kalinya diadakan di daerah Tampin. Tahniah diucapkan kepada Johan iaitu SK.Tuanku Abd.Rahman , Gemas. Peserta Tuan Rumah berjaya mendapat  tempat ke 7 dari 58 orang peserta. Terima kasih di ucapkan kepada YB. Abd Razak Bin. Ab.Said ADUN GEMAS kerana sudi hadir dan merasmikan majlis ini,

     Berikut beberapa gambar yang sempat diambil dan dijadikan kenangan untuk semua.  Kami memohon maaf andai ada kekurangan sepanjang menguruskan pertandingan ini.  
PENDAFTARAN 
AHMAD ZUHAIDI BIN RAMLAN - wakil SKSK, tempat ke 7 




IZRINA BT AZMI-
wakil SKSK
Menunggu Giliran untuk di uji
Duduk Mengikut Giliran



Berdebar menanti Keputusan.

Sunday, 14 April 2013


Menyapu Sawang
Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia kepada semua pembaca blog pramanjacomel.
Setelah sekian lama tidak mengemaskini blog... saya dapat lihat banyak sawang yang bersangkut di sini hehe... Baiklah..Saya akan mula berkongsi dengan ibubapa, guru-guru dan semua rakan di luar sana tentang aktiviti dan info-info yang sesuai dengan prasekolah.

Jadi....semua tunggu. Sementara saya kemaskan sawang di blog saya,, Terima Kasih..

Tuesday, 31 July 2012

Ramai di antara kita yang tahu tentang fadhilat Ramdhan tepai ada yang terlupa kan..
Jadi saya kongsikan di sini tentang kelebihan Ramdhan



Solat sunat yang dikerjakan selepas solat insyak pada Bulan Ramadhan. Boleh dilakukan samada 8 atau 20 rakaat. Solat terawih boleh ditunaikan secara berjamaah ataupun bersendirian. Solat terawih juga adalah ciri-ciri keistimewaan bulan Ramadhan yang besar. Ini disebabkan hanya pada bulan Ramadhan sahaja dilakukan solat sunat terawih dan tidak terdapat langsung dalil yang menyatakan pada bulan Islam yang lain juga dikerjakan solat sunat terawih. Antara kelebihan dan kebaikan solat sunat terawih dinyatakan seperti berikut:

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama 
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan. 

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua 
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya. 

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga 
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka. 

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat 
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran. 

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima 
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa. 

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam 
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu. 

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh 
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman. 

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan 
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s. 

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan 
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w. 

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh 
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat. 

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas 
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan. 

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas 
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya. 

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas 
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan. 

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas 
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka. 

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas 
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya. 

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas 
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga. 

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas 
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi. 

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas 
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati). 

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas 
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus. 

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh 
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh. 

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu 
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya. 

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua 
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut. 

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga 
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya. 

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat 
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut. 

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima 
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya. 

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam 
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut. 

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh 
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat. 

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan 
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.